Tuesday 20 December 2011

" Allah itu sentiasa di sisimu"



# Cinta Agung, Cinta Yang Hakiki, 
 CINTA ALLAH CINTA ABADI# 

As salam semua ..Moga2 semua dalam rahmat Ilahi ..Selawatlah kepada junjungan Nabi Muhammmad kita yang sentiasa tidak jemu2 merindui umatnya .Bertasbilah mengagungkan Nama Asmaul Husna yang terindah ..Agar kita senantiasa menjadi hamba yang bertakwa dan selalu mengabdikan diri pada Maha Pencipta ..InsyaAllah .:))
Hari  ini nak share tentang  bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu .Rasa tertarik dengan kata2  ini .Moga2 ia memberi faedah untuk kita semua ...

"gilaplah logam yang ada dlm dirimu.. andai punya karat-karat yang masih bersisa dan berbaki, yg menyelaputi hati.. menyebabkan logammu malap.. maka bersihkan..."

Andai kita di uji teruslah langkah untuk terus menuju syurga Allah ..Ingatlah sahabat bahawa ujian adalah satu anugerah yang diberikan Allah untuk menyucikan dosa2 kita ..Andai kau di uji ingatlah Allah sentiasa menemani mu walau kau tak dapat merasainya .Bila musibah itu datang jangan takut untuk menemuinya dan menghadapi dengan tabah agar kita dapat bersama2 dalam golongan hamba yang bersabar ..Andai terlalu besar ujian itu padamu percayalah kamu mampu menempuhnya kerana Allah itu Maha Adil 

"Allah akan menurunkan ujian keatas hambaNya megikut kemampuan hamba2Nya .."


Teruslah bersabar dan mengadulah pada Tuhanmu agar engkau dapat meluahkan segalanya kepada Sang Pencipta ..Tahajudkan cintamu agar terus terjalin cintamu pada yang Maha Kasih Sayang ..
Walau seberat mana ujian tersebut jika engkau tidak berputus asa dan berpegang pada tali Allah insyaAllah kau pasti akn bahagia bersama cinta Allah ..


 Pesan seorang guru: "Andai kaki mu tersadung, itu tidak bererti engkau rebah selamanya. Namun apabila engkau melangkah jangan sesekali engkau berundur sehingga engkau kembali kepadaNya..."


 Moga2 kita terus berjuang mencari syahidNya dan terus berpaut pada cintaNya yang SATU ..Agar kita selalu membuka mata hati kita untuk  melihat kurniaan dan keindahan Ilahi .InsyaAllah kita dapat bertemu disyurga kelak ..Agar kita sentiasa dapat memperbaiki diri ini untuk terus berusaha menjadi ummat yang bertakwa .Tatkala hati ini merintih merindui Ilahi Tahajudlah kita semoga Allah sentiasa bersama2 menemani kehidupan kita .Andai tak terucap kata2  kerinduan pejamlah mata agar dapat kau melihat dengan mata hati mu ..

Ayuhlah sama2 kita mengubah sebelum terlambat ,agar dapat kita memperoleh syafaat dari Nabii Muhammad S.A.W .insyaAllah ..Agar dapat kita berkumpul di syurga Allah ..SubhanaAllah Allah itu Maha Lembut ..








                                        
                                                                      #QarihahTajuddin#

Monday 19 December 2011

"the journey"


# Cinta Agung, Cinta Yang Hakiki, CINTA ALLAH CINTA ABADI#                        
            As salam ..mungkin setiap orang ada journey masing2 .tapi semuanya berlainan kan? setiap manusia memerlukn journey untuk mematangkan diri sendiri dan untuk menjadikan kita sedar akn "kenapa kita wujud di dunia ini" . "who am I" ..                         Mungkin semua orang dah mengenali Training ESQ 165 tapi mungkin juga ada juga yang tak mengenali tentang training itu ..Training yang merupakan satu titik perubahan untuk diri ini yang telah dipilih oleh Allah untuk menyertainya pada 4&5 Jun 2009 .Mungkin itu sudah lama tapi setiap peristiwa dalam dewan training sangat2 memberi kesan dalam diri ini .Setiap kata2 yang masih tergiang2 . Pada saat itu hanya Allah menjadi kekasih hati dan Nabi Muhammad menjadi idola ku ..                    


  A little bit about ESQ 165 ..Training yang merangkumi Emosi,Spiritual dan Quotation .Mungkin dulu masih hangat diperkatakan bahawa training tersebut sesat tetapi sebenarnya ia hanya fitnah belaka . Sesiapa yang menyertai dan merasai Training tersebut pasti tidak merasakan Training tersebut ialah ajaran sesat tetapi ia merupakan satu journey untuk kita menyedari akn hakikat diri kita .Menyedari tentang siapa Tuhan kita .Menyedari apakah sering kita rindu akn Rasulullah .Mengungkap rasa kerinduan yang tak terucap disebabkan keegoan diri .SubhanaAllah ALLAH itu mmg MAHA INDAH ..                         


Pearsaan ketika itu amat bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah untuk menyertai Training tersebut .Sebelum pergi terdetik juga perasaan ragu2 tentang training ini .Tapi dikuatkan ketabahan diri untuk terus melangkah agar sampai di dewan training . SubhanaAllah ,once melangkah masuk terasa ketenangan, mungkin inilah rahsia ALLAH memilih untuk pergi ke training supaya dapat mengerti tentang ketenangan apabila melihat keindahan seluruh alam semesta ALLAH yang tak terucap keindahanya ..                       


     Selama 2 hari di sana ,perasaan tak tergambar ..Semuanya bercampur .Tatkala hati ini bergetar merindui kekasih Allah yang selama ini tak mungkin dapat aku uraiakan dalam doa solatku terus dapat aku ungkapkan kata2 itu yang telah lama terpahat .Rasa terlalu hina diri ini ,,mendengar riwayat kisah kewafatan Rasulullah ..SubhanaAllah begitu cintanya beliau kepada umat2nya .. Ya ALLAH kau tetapkanlah hati kami agar terus dapat bergantung pada tali rahmatMu .Agar dapat kami terus mengapai cita kami untuk bertemuMu di taman Syurga .Agar dapat kami melepaskan rindu kami pada Rasullullah kami Ya allah ..Terkadang kami juga melakukan dosa tetapi kau janganlah tarik nikmat yang telah engkau berikan .Kau jagalah kami bawah kerahmatanMu gar terus kami berpeluk pada tiang kasih sayangMu ..Tahajud cinta kami hanya untukMu Ya Allah .Peliharalah kami agar tidak terus tersesat mencari cahayaMu ,agar dapat kami menjumpai jalan nurMu ,agar dapat kami menjalani hidup kami sbg muslimah yang bertakwa,agar dapat kami terus  bersujud menghambakan diri ini padaMu ..Agar kami dapat bertaut pada cintaMu yang hakiki ..                               


  Inilah journey saya ..terus berlari mencari syurga,terus bersujud mengharapkan rahmatNya,agar dapat bertemuNya disana kelak ..Semoga Allah terus menjaga hati ini untuk menjadi ahli syurgaNya ...........                                         

                                                                                                   #QarihahTajuddin# 
                           

     p/s#     Masih lagi rindu akn Demi Matahari yang sungguh indah,Senaman Si Tommy  dan setiap module dalam training tersebut    #