Tuesday 20 December 2011

" Allah itu sentiasa di sisimu"



# Cinta Agung, Cinta Yang Hakiki, 
 CINTA ALLAH CINTA ABADI# 

As salam semua ..Moga2 semua dalam rahmat Ilahi ..Selawatlah kepada junjungan Nabi Muhammmad kita yang sentiasa tidak jemu2 merindui umatnya .Bertasbilah mengagungkan Nama Asmaul Husna yang terindah ..Agar kita senantiasa menjadi hamba yang bertakwa dan selalu mengabdikan diri pada Maha Pencipta ..InsyaAllah .:))
Hari  ini nak share tentang  bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu .Rasa tertarik dengan kata2  ini .Moga2 ia memberi faedah untuk kita semua ...

"gilaplah logam yang ada dlm dirimu.. andai punya karat-karat yang masih bersisa dan berbaki, yg menyelaputi hati.. menyebabkan logammu malap.. maka bersihkan..."

Andai kita di uji teruslah langkah untuk terus menuju syurga Allah ..Ingatlah sahabat bahawa ujian adalah satu anugerah yang diberikan Allah untuk menyucikan dosa2 kita ..Andai kau di uji ingatlah Allah sentiasa menemani mu walau kau tak dapat merasainya .Bila musibah itu datang jangan takut untuk menemuinya dan menghadapi dengan tabah agar kita dapat bersama2 dalam golongan hamba yang bersabar ..Andai terlalu besar ujian itu padamu percayalah kamu mampu menempuhnya kerana Allah itu Maha Adil 

"Allah akan menurunkan ujian keatas hambaNya megikut kemampuan hamba2Nya .."


Teruslah bersabar dan mengadulah pada Tuhanmu agar engkau dapat meluahkan segalanya kepada Sang Pencipta ..Tahajudkan cintamu agar terus terjalin cintamu pada yang Maha Kasih Sayang ..
Walau seberat mana ujian tersebut jika engkau tidak berputus asa dan berpegang pada tali Allah insyaAllah kau pasti akn bahagia bersama cinta Allah ..


 Pesan seorang guru: "Andai kaki mu tersadung, itu tidak bererti engkau rebah selamanya. Namun apabila engkau melangkah jangan sesekali engkau berundur sehingga engkau kembali kepadaNya..."


 Moga2 kita terus berjuang mencari syahidNya dan terus berpaut pada cintaNya yang SATU ..Agar kita selalu membuka mata hati kita untuk  melihat kurniaan dan keindahan Ilahi .InsyaAllah kita dapat bertemu disyurga kelak ..Agar kita sentiasa dapat memperbaiki diri ini untuk terus berusaha menjadi ummat yang bertakwa .Tatkala hati ini merintih merindui Ilahi Tahajudlah kita semoga Allah sentiasa bersama2 menemani kehidupan kita .Andai tak terucap kata2  kerinduan pejamlah mata agar dapat kau melihat dengan mata hati mu ..

Ayuhlah sama2 kita mengubah sebelum terlambat ,agar dapat kita memperoleh syafaat dari Nabii Muhammad S.A.W .insyaAllah ..Agar dapat kita berkumpul di syurga Allah ..SubhanaAllah Allah itu Maha Lembut ..








                                        
                                                                      #QarihahTajuddin#

No comments:

Post a Comment